Pencemaran bunyi berpunca daripada dua sumber utama. Pertama daripada sumber semula jadi seperti bunyi guruh, bunyi air terjun mengalir dan bunyi haiwan. Tetapi, kebanyakan bunyi semula jadi yang dihasilkan, banyak memberi kebaikan kepada pendengar berbanding keburukan, contohnya bunyi cengkerik, bunyi ombak membadai dan bunyi air terjun menghempas, kerana bunyi ini, walaupun kadang-kadang agak kuat, tetapi dapat menenangkan jiwa dan mental seseorang. Lain pula ceritanya bagi bunyi yang dibuat oleh manusia, berikut adalah beberapa contoh pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kegiatan manusia yang sememangnya tidak digemari oleh majoriti masyarakat.
Bagi kawasan-kawasan yang membangun, bunyi bising dari aktiviti-aktiviti pembinaan jelas terasa, ini dapat dirasa apabila mereka menggunakan jentera yang besar untuk menyiapkan sesebuah binaan. Bagi yang tinggal di kawasan kuari pula, bunyi yang agak kuat sudah biasa didengari oleh orang tempatan kerana kuari menggunakan bahan letupan untuk memecahkan bongkah batu yang besar.
3.Tabiat masyarakatSebenarnya, punca utama masalah pencemaran bunyi berlaku adalah sikap masyarakat sendiri, masyarakat sering pentingkan diri sendiri daripada menjaga kedamaian masyarakat. Sesetengah orang suka membuka radio, televisyen dan alat hiburan yang lain dengan sangat kuat sehingga mengganggu orang lain. Ada pula yang bercakap dengan nada yang agak tinggi. Walaupun perkara ini agak remeh, tetapi sebenarnya perkara ini adalah punca utama yang menghasilkan pencemaran bunyi tersebut.
No comments:
Post a Comment